Total Pageviews

Friday, 9 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1

                              Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Tarikh              :           11  April 2011
Hari                 :           Isnin
Masa                :           8.15 – 9.15 pagi
Kelas               :           1 Perdana
Jumlah murid  :           35 orang


Tema

 Kebersihan

Tajuk

 Kebersihan Diri

Fokus
Utama


Standard Kandungan

1.2

Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul

Standard Pembelajaran

1.2.4

Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat

Fokus
Sampingan

Standard Kandungan

2.2

Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul

Standard
Pembelajaran

2.2.1

Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul

Objektif
Pada akhir pengajaran murid dapat :

i.                    mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan kebersihan diri.
ii.                  Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup.
iii.        Menyebut dan menulis kata nama am dengan betul.

Pengisian
Kurikulum
i.                    Ilmu  :   Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Moral
ii.                  Nilai  :   Menjaga kebersihan diri sendiri
iii.                KBT  :   Menghubungkait


Sistem Bahasa

      Tatabahasa   :   Kata nama am ,  kosa kata

Media/ BBM

      Gambar  cara-cara membersihkan diri, kad perkataan, lembaran kerja,
      ICT, bahan-bahan maujud (ubat gigi , berus gigi, sabun)
Pengetahuan sedia ada murid


  1. Murid mengetahui benda-benda yang digunakan semasa membersihkan diri.





                         STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                              
                        AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM
       CATATAN

Set Induksi  :( 5 minit )

  1. Guru memperdengarkan lagu  ‘Bangun Pagi’ dan menyanyi bersama-sama murid.
  2. Guru berinteraksi dengan murid tentang isi kandungan lagu tersebut.



Ilmu :
Pendidikan muzik


Langkah 1 : ( 5 minit )
  1. Guru memaparkan gambar ( seorang budak lelaki sedang membersihkan diri / mandi)
  2. Guru meminta murid menyebut nama-nama benda (kata nama am ) yang terdapat dalam gambar.
Contoh  :
paip                      kain              tuala
air                         seluar           lantai
sungai                   murai           daun


   Kata nama am :

     Contoh :

      paip

      kain

      tuala

      seluar

      lantai


    Langkah 2 : ( 10 minit)

  1. Murid menyebut perkataan  yang  ditunjukkan dengan bimbingan guru.

  1. Murid mengecam perkataan yang didengar   
      sambil merujuk dalam gambar dan bahan 
       maujud yang ditunjukkan.



Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)
-Kemahiran Berfikir (KB)
-menghubungkait


Nilai  :
Jaga kebersihan

Perkataan :

Contoh:

paip
kain
sungai
seluar
buih
murai
daun


Langkah  3: ( 10 minit )

  1. Guru meminta murid menyebut semula cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu digunakan.

  1. Murid diminta mengeja dan membaca kad perkataan yang ditunjukkan.


Bahan maujud :
Contoh :

Ubat gigi
Tuala
Berus gigi
Sabun mandi

Langkah 4:  ( 25 minit )

  1. Murid mendengar dan mengulang perkataan yang disebut oleh guru berpandukan kad perkataan yang ditunjukkan
  2. Murid diminta menyatakan kegunaan benda-benda disebutkan tadi.
  3. Latihan ( menulis perkataan yang dipelajari)


KBT
     menghubungkait

Sistem Bahasa
      kata nama am

Nilai
kebersihan



Penutup :  ( 5 minit )

1.      Murid dan guru menyanyikan semula lagu ‘Bangun Pagi’ bersama-sama.




Pentaksiran

  1. Murid menyebut perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding.
  2. Murid menulis perkataan yang disebut dengan ejaan yang betul




Lembaran kerja

Pemulihan

  1. Murid menyebut suku kata .
  2. Murid menggabungkan suku kata menjadi perkataan.



Lembaran kerja

Pengayaan 

  1. Murid memadankan perkataan untuk membentuk frasa yang bermakna.
  2. Murid menyebut frasa yang telah dibina.



Lembaran kerja

 Aktiviti 1                                                                           Lampiran 1
                                                                           

         Mari menyanyi lagu ini bersama-sama.
Bangun Pagi

          Bangun pagi gosok gigi,
        Cuci muka  dan mandi,
        Guna sabun agar wangi,
        Adik rasa senang hati.

        Lepas mandi pakai baju,
        Solat subuh jangan lupa,
        Makan roti minum susu,
        Pergi  sekolah dengan ria.

Text Box:  



 Bangun Pagi

 Bangun pagi gosok gigi,
 Cuci muka  dan mandi,
 Guna sabun agar wangi,
 Adik rasa senang hati.

 Lepas mandi pakai baju,
 Solat subuh jangan lupa,
 Makan roti minum susu,
 Pergi  sekolah dengan ria.


























No comments:

Post a Comment