semua tajuk berkaitan dibawah ini boleh diambil secara percuma je,,,kalau ada masalah boleh di ajukan disini.....kvk kv
pengenalan
kvk + kvk
kvkkvk
Total Pageviews
Thursday, 15 December 2011
Wednesday, 14 December 2011
Tambahan Bahan lagi
Kepada sesiapa yang dapat share benda ni di harap memanfaatkan sepenuhnyatajuk 3 HURUF Vokal
Monday, 12 December 2011
Renungan Jam 3.33 pagi
Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui. Orang yang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti belajar.. - Imam Syafie
Friday, 9 December 2011
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1
Tarikh : 11 April 2011
Hari : Isnin
Masa : 8.15 – 9.15 pagi
Kelas : 1 Perdana
Jumlah murid : 35 orang
| Tema | Kebersihan | ||
| Tajuk | Kebersihan Diri | ||
| Fokus Utama | Standard Kandungan | 1.2 | Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul |
| Standard Pembelajaran | 1.2.4 | Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat | |
| Fokus Sampingan | Standard Kandungan | 2.2 | Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul |
| Standard Pembelajaran | 2.2.1 | Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul | |
| Objektif | Pada akhir pengajaran murid dapat : i. mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan kebersihan diri. ii. Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. iii. Menyebut dan menulis kata nama am dengan betul. | ||
| Pengisian Kurikulum | i. Ilmu : Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Moral ii. Nilai : Menjaga kebersihan diri sendiri iii. KBT : Menghubungkait | ||
| Sistem Bahasa | Tatabahasa : Kata nama am , kosa kata | ||
| Media/ BBM | Gambar cara-cara membersihkan diri, kad perkataan, lembaran kerja, ICT, bahan-bahan maujud (ubat gigi , berus gigi, sabun) | ||
| Pengetahuan sedia ada murid |
| ||
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
| AKTIVITI | PENGISIAN KURIKULUM | CATATAN |
| Set Induksi :( 5 minit )
| Ilmu : Pendidikan muzik | |
| Langkah 1 : ( 5 minit )
Contoh :paip kain tuala air seluar lantai sungai murai daun | ![]() Kata nama am : Contoh : paip kain tuala seluar lantai | |
| Langkah 2 : ( 10 minit)
sambil merujuk dalam gambar dan bahan maujud yang ditunjukkan. | Kemahiran Bernilai Tambah(KBT) -Kemahiran Berfikir (KB) -menghubungkait Nilai : Jaga kebersihan | Perkataan : Contoh: paip kain sungai seluar buih murai daun |
| Langkah 3: ( 10 minit )
| | Bahan maujud : Contoh : Ubat gigi Tuala Berus gigi Sabun mandi |
| Langkah 4: ( 25 minit )
| KBT menghubungkait Sistem Bahasa kata nama am Nilai kebersihan | |
| Penutup : ( 5 minit ) 1. Murid dan guru menyanyikan semula lagu ‘Bangun Pagi’ bersama-sama. | | |
| Pentaksiran
| | Lembaran kerja |
| Pemulihan
| | Lembaran kerja |
| Pengayaan
| | Lembaran kerja |
Mari menyanyi lagu ini bersama-sama.
Bangun Pagi Bangun pagi gosok gigi, Cuci muka dan mandi, Guna sabun agar wangi, Adik rasa senang hati. Lepas mandi pakai baju, Solat subuh jangan lupa, Makan roti minum susu, Pergi sekolah dengan ria. |

Thursday, 8 December 2011
Salam Buat Semua
Assalamualaikum,
Sebagai memenuhi tugasan UPSI, maka lahirlah sebuah Blog yang diharapkan akan dapat menjadi bahan rujukan kepada rakan-rakan. Semoga dapat berkongsi ilmu dan diaplikasi semasa proses P&P nanti. Segala kekurangan harap dimaafkan.Kepada rakan-rakan blogger yang mempunyai idea diharap dapat menyumbang dan sama-sama memajukan blog ini . Sekian, wassalam
Sebagai memenuhi tugasan UPSI, maka lahirlah sebuah Blog yang diharapkan akan dapat menjadi bahan rujukan kepada rakan-rakan. Semoga dapat berkongsi ilmu dan diaplikasi semasa proses P&P nanti. Segala kekurangan harap dimaafkan.Kepada rakan-rakan blogger yang mempunyai idea diharap dapat menyumbang dan sama-sama memajukan blog ini . Sekian, wassalam
Subscribe to:
Comments (Atom)





